Lompat ke kandungan

Servis

Tiga cara
kami boleh masuk.

Bergantung pada di mana anda berdiri sekarang — baru terima kunci, atau dah ada kontraktor menunggu pelan di tangan.

01

Design Sahaja

Anda dapat pelan penuh. Kontraktor anda yang laksanakan.

Bila anda dah ada kontraktor sendiri, atau projek besar yang guna kontraktor utama.

  • Pelan ruang 2D (space planning)
  • Perspektif 3D setiap ruang utama
  • Spesifikasi bahan & senarai material
  • Jadual kemasan (material & finishes schedule)
02

Design & Build

Kami reka, kami siapkan. Satu pihak bertanggungjawab.

Paling ramai klien residensi pilih ini — tiada tuding jari antara pereka dan tukang.

  • Semua dalam Design Sahaja
  • Pembinaan & pemasangan penuh
  • Penyelarasan tukang dan pembekal
  • Pemantauan tapak sampai serah kunci
03

Panel Perunding ID

Kami masuk sebagai perunding reka bentuk untuk kontraktor utama.

Peranan yang kami pegang untuk dua projek resort milik TNB — Taiping dan Desaru.

  • Cadangan reka bentuk eksterior & interior
  • Pelan pelaksanaan lengkap
  • Material & finishes schedule sebagai rujukan kontraktor
  • Pematuhan pada standard reka bentuk projek

Cara kami kerja

Lima langkah,
tiada kejutan.

  1. 01

    Perbincangan

    Kami dengar dulu — apa yang tak kena dengan ruang sekarang, siapa yang guna, dan bajet sebenar.

  2. 02

    Lawatan & ukuran

    Kami datang ke tapak, ukur, ambil gambar keadaan asal.

  3. 03

    Pelan & 3D

    Anda tengok ruang anda sebelum satu paku diketuk.

  4. 04

    Semakan

    Dua pusingan pindaan termasuk dalam pakej.

  5. 05

    Pelaksanaan

    Design & Build: kami bina. Design Sahaja: kami serah pelan penuh.

Pn Mei Adlah, Kajang — ruang tamu konsep Modern English
P02 · Pn Mei Adlah, Kajang

Langkah seterusnya

Servis mana
yang anda perlu?

Tak pasti? Ceritakan projek anda, kami cadangkan yang paling munasabah untuk bajet anda.