Trusted in Every Way
Ruang yang baik bermula dengan memahami.
Hijrah Design ialah pasukan reka bentuk dalaman yang berpangkalan di Cyberjaya, di bawah Hijrah Consultancy.
Kami percaya rumah yang baik bukan sekadar cantik dipandang. Ia perlu memahami cara anda hidup, memberi ruang kepada perkara yang penting, dan terasa menenangkan setiap kali anda pulang.
Pengalaman kami merangkumi projek residensi, komersial dan pejabat, daripada rumah teres endlot di Kajang dan banglo di Jeram, sehingga projek resort milik Tenaga Nasional Berhad di Taiping dan Desaru.
Bagi kedua-dua projek TNB tersebut, kami bertindak sebagai Panel Perunding Reka Bentuk Dalaman (ID Consultant) kepada kontraktor utama, merangkumi cadangan reka bentuk eksterior dan interior, pelan pelaksanaan, spesifikasi bahan serta jadual kemasan.
Kelayakan
Layak mereka.
Layak membina.
Kebanyakan firma reka bentuk dalaman mereka sahaja, kemudian serahkan kerja binaan kepada pihak ketiga. Hijrah Consultancy berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai kontraktor Gred G3 — jadi kerja Design & Build kami berjalan di bawah pendaftaran perniagaan yang sama. Satu entiti, satu tanggungjawab, dari lakaran pertama sampai serah kunci.

- Perakuan
- Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
- No. pendaftaran
- 0120260910-SL177094
- Badan
- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
- Gred
- G3 — had nilai projek sehingga RM1 juta
- Kategori & pengkhususan
- B04 — Kerja-kerja pembinaan bangunan
CE21 — Pembinaan kejuruteraan awam
M15 — Kelengkapan mekanikal pelbagai - Sah
- 14/09/2026 — 13/09/2028
Pengalaman itu membentuk cara kami bekerja hari ini.
Teliti dalam merancang. Jelas dalam berkomunikasi. Amanah dalam melaksanakan.
Kerana apabila anda mengamanahkan rumah kepada kami, anda bukan sekadar menyerahkan sebuah projek.
Anda menyerahkan sebuah kepercayaan.
Langkah seterusnya
Ada ruang yang
belum jadi rumah?
Ceritakan pada kami apa yang tak kena dengan ruang anda. Kami balas dengan cadangan, bukan borang.
